Apa khabar anda semua??Alhamdulillah
Syukur kepada Allah kerana mengizinkan kita bernafas sehingga hari ini..maaf lama tidak menulis blog ini maklumlah budak pt3 kan??haha 😊😊 hari ini inshaAllah saya nak bagi sikit pengisian mengenali usrah
apakah maksud usrah??
Usrah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga.Usrah terbina atas dasar perpaduan yang dibangunkan bersama-sama iman dan islam dengan berusaha untuk memahami dan menghayati manisnya islam.
RUKUN USRAH
♡TAARUF
Taaruf bermaksud saling berkenal kenalan..taaruf ni sangat penting agar kita dapat saling berkenal kenalan dan dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama muslimin dan muslimat..
Dalam surah Al hujurat ayat 13 yang bermaksud"hai manusia aku menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling berkenalan..
♡tafahum
Tafahum pula bermaksud saling memahami antara satu sama lain..kalau ada dikalangan sahabat kita ingin berkongsikan masalah atau apa apa cuba kongsikan dengan ahli ahli usrah yang lain ataupun dengan naqib/naqibah..inshaAllah akan dibantu..dalam usrah ini,kita boleh bersama-sama dalam muhasabah diri di atas kekurangan diri yang mungkin boleh diperbaiki sedikit-demi sedikit.Jadikan usrah sebagai medium terbaik untuk berkomunikasi sesama ahli usrah dan naqib atau naqibah atau pun murabbi yang lebih tinggi.
3.Tafakul(saling bantu membantu)
Jika ada sahabat kita dalam kesusahan seperti kekurangan duit tambang atau apa apapun..kita sebagai sahabat perlu membantu agar dapat meringankan lagi beban mereka..kita juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah islamiyah sesama muslim dan muslimat...
Ini sahaja yang saya kongsikan pada hari ini..kalau ada dikalangan korang yang belum pernah mengikuti usrah,cuba ikut usrah ..InshaAllah korang akan tahu sendiri lebih mendalam tentang usrah dan dapat menimba ilmu agama ...yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri..wallahuaalam...
jom like fanpage usrah kami di KLIK DISINI














