Wednesday, 19 November 2014

DIDIK ANAK DEKAT KPD ALLAH



kpd umat islam & selamat sejaterah kpd pembaca blogger yang dihormati 




comel tak budak kecik ni? ini time kecik dulu :p eh takda lah ..ini anak orang lah..anak siapa lagi kalau
bukan anak org kn =P ..sebelum nak cakap pasal topik hari ini  ana nak tanya anta semua sihat tak?saya alhamdulillah sihat sihat belaka..Hari ini ana nak cakap pasal kanak kanak. Anta semua yang sudah bersuami atau beristeri mesti ada yg mempunyai anak kan?? Ana?? ana masih bebudak lagi lah takkan lah ana dah kawin ish ish belum cukup umur lah ... hari ini ana nak ckp tenang cara didik anak untuk dekat kpd Allah s.w.t 

Anak adalah anugerah Allah s.w.t beri kepada kita smua..jaga anak dgn baik dan didik dia untuk dekat kpd Allah s.w.t . time  anak kita kecik didik dia dgn baik baik bkn dgn cara memaksa .

#CARA DIDIK ANAK UNTUK DEKAT KEPADA ALLAH :


1.MEMINTA MAAF

kadang- kadang budak kecik ni nakal sikit..kalau anak ada buat salah dgn akak atau abang dia ajar dia minta maaf. suruh dia minta maaf .suruh dia minta maaf dgn abg n kakak dia ..kalau dia tak nak pukul di tapak kaki atau tangan dia sampai dia nak minta maaf..tapi jangan pulak pakai benda yg tebal pukul je pakai tapak tangan 


2. BERITAHU ANAK TENTANG KEKUASAAN ALLAH 

cara nak memberitahu tentang kekuasaan Allah kpd anak anak sangat mudah..it is very easy.. caranya contohnya mcm aunty Anna selalu memberikan anak anda hadiah , dan anak anta berkata siapa yg memberikan hadiah ini? mestilah anda kata aunty Anna yg berikan kan? begitu jgk anda memberitahu siapa yang ciptakan bulan dan bintang? ALLAH.. siapa yg menciptakan manusia?? ALLAH.. Mesti anta ckp yg menciptakannya ialah Allah s.w.t  

3.SOLAT

ini adalah sangat penting untuk mengajarkan anak anak supaya bersolat.. kalau dorang tak nak pukul di tapak tangan  atau kaki ..secara saintifik ia akan meransang ke bahagian  otak.

sabda rasulullah s.a.w:perintahkanlah anak - anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meniggalkan sembanyang semasa berusia 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)

pukul bukan unuk menyeksakan mereka tapi untuk menyedarkan mereka mana yg paling baik untuk mereka..kalau anda tidak melarangnya mereka tidak akan dgr ckp 


4.DENGAR ANAK APABILA BERCAKAP

apabila anak sedang bercakap dengarkan mereka .kerana mereka ingin meminta perhatian anta dan ingin berkongsi cerita dgn anta semua..kalau mereka bercakap pasal mimpi dengarkan sahaja kerana mimpi mereka itu realiti 


5.DENGARKAN ANAK AYAT AYAT SUCI ALQURAN

Ajar anak membaca  ayat suci alquran ataupun mendengarkan ayat suci alquran..ini jga bagus untuk minda anak anta ..biarpun surah al fatihah sahaja kita dengarkan mereka,mereka akan cepat hafal 


6.BERSYUKUR

ajar anak anta supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.jangan terlampau ikut cakap anak anak.jika kita mampu nak beli belikanlah jika kita tak mampu beritahulah anak yang kita tak mampu nak beli .beritahulah anak sentiasa bersyukur dgn apa yang dia ada sekarang .kita di dunia ini hanya duduk sementara sahaja.jika kita nak apa yang kita mahu tapi tak mampu insyaallah di JANNAH kita ada :)
  



No comments:

Post a Comment

BERSAMA

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana memberikan saya kesempatan utk menulis  walau hakikatnya dah lama saya tak menulis....