Wednesday, 28 December 2016

KERANA ALLAH AKU KUAT


                                                                  السلام عليكم -

ujian..seringkali kita bercakap kenapa Allah uji aku?kenapa?apa salah aku?
aku nak apa yang aku tapi aku tak dapat kenapa?yaa kita semua pernah berkata seperti itu..bukan kamu sahaja aku pun..


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut : 2-3]

Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita..Allah uji baru sedikit kita sudah mengeluh...lumrah
manusia sifat yang suka mengeluh..tapi kita harus percaya Allah beri kita ujian kerana Allah tahu kita mampu untuk hadapinya ..lupakah kita dalam surah Al baqarah ayat 286


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 

Bca berulang kali surah Albaqarah ayat 286..awak faham kan?Allah takkan uji hamba -hambanya melainkan dengan kesanggupannya..Allah uji kita bukan untuk suka suka..Allah tahu kita boleh hadapinyaa..Allah uji kita baru sedikit..lupakah kita dengan Nabi Nabi yg telah diuji lebih berat berbanding kita,si manusia yang tidak ada apa apa dimuka bumi ini..manusia yg sering melakukan dosa kepada pencipta..

kehadapan diri,pujuklah hati moga tabah dengan ujian yg diberi..mungkin ujian itu satu penghapus dosa untukmu..yaa kau tak kuat dan aku juga tidak kuat untuk hadapinyaa..hanya menangis dan terus menangis..Allah mahu kita kembali kepadaNya ..Allah mahu kita luahkan rasa kepadaNya..hanya Allah sahaja tempat kita meminta pertolongan..mungkin ujian yg diberi satu penghapus dosa bagimu..

Mesti kita pernah cakap.."kenapa apa yang aku inginkan tidak tercapai ?kenapa?"byk persoalan kita sering dipersoalkan..kenapa ,kenapa dan terus kenapa?wahai hati yg bersedih..Allah tangguhkan apa yg kita inginkan kerana Allah mahu kita sering berusaha dan tidak putus asa..mungkin juga apa yang kita mahu itu tidak baik untuk diri kita...

 boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS: 2;216)


Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya..Yakin semua itu sudah diatur oleh Allah S.W.T..wahai diri,ingat perancangan Allah itu lebih baik daripada kita..meskipun sakit tapi kita harus redha..jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah..hanya Dia sahaja yang tahu masa hadapan kita..aku dan kau hanya seorang hamba yang penuh dengan nada dosa..jika kita rebah,bangkitlah .ajar hati untuk redha menerima hakikat..


Allah lebih tahu segala galanya..jangan pernah berhenti berusaha sehingga berjaya..moga aku dan kau sentiasa kuat walaupun tidak kuat seperti mereka yang terdahulu lebih diuji berbanding kita..moga aku dan kau sentiasa bersabar dan tidak mudah putus asa.. moga ujian yang diberi oleh Allah juga satu penghapus dosa untuk kau dan aku..aku harap dengan kata kata di dalam novel KERANA SYURGA BUKAN PERCUMA KARYA NAJMI FETIH membuatkan aku dan kau sentiasa kuat untuk hadapinya..inshaAllah..


HIJRAH

nak berubah tak semudahnya mengungkapkan kata 'aku nak hijrah'
tanpa semangat yang tinggi.bukit yang kau daki itu takkan ada kemuncaknya..
yang ada hanyalah  dasar untuk menjadi tempat kau jatuh penat..tetapkan maklamat..

letak dalamhati hijrah kau hanya kerana illahi
apabila kau tahu sebab utama untuk berubah,maka kau akan terus tabah
walaupun beibu masalah datang menjengah
kau akan kuat kerana kau tahu,kau ada Allah
apabila kau ada Allah masalah kau itulah sebenarnya yang dalam masalah

tabah!


LELAH

diri yang dulu lemah,
sekarang berdiri gagah tak tunjuk lelah

hati,
siangnya lemah berdiri
malamnya lelah dek tipu daya syaitan pembenci

kuatkanlah hati
bunuh penghuni neraka dengan bacaan ayat kursi
kerana hanya dengan ayat alquran yang sentiasa menyinari
dapat memadam baranya api hasad di pembenci

lemah itu ujian
dan ujian itu tanda kasih sayang TUHAN yang berpanjangan

kita hamba
jangan lelah dengan kelemahan,
kerana kelemahan itu sumber kekuatan

kawan,kau berTUHAN!


ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini..semoga apa yang saya kongsikan ini buat diri kita sentiasa kuat dan sentiasa mengingatiNya..yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri..wallahualam ..


Monday, 31 October 2016

Apa itu usrah??





Apa khabar anda semua??Alhamdulillah
Syukur kepada Allah kerana mengizinkan kita bernafas sehingga hari ini..maaf lama tidak menulis blog ini maklumlah budak pt3 kan??haha 😊😊 hari ini inshaAllah saya nak bagi sikit pengisian mengenali usrah

       
apakah maksud usrah??                               



       Usrah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga.Usrah terbina atas dasar perpaduan yang dibangunkan bersama-sama iman dan islam dengan berusaha untuk memahami dan menghayati manisnya islam.

RUKUN USRAH
♡TAARUF
Taaruf bermaksud saling berkenal kenalan..taaruf ni sangat penting agar kita dapat saling berkenal kenalan dan dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama muslimin dan muslimat..


Dalam surah Al hujurat ayat 13 yang bermaksud"hai manusia aku menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling berkenalan..
                           

♡tafahum 


Tafahum pula bermaksud saling memahami antara satu sama lain..kalau ada dikalangan sahabat kita ingin berkongsikan masalah atau apa apa cuba kongsikan dengan ahli ahli usrah yang lain ataupun dengan naqib/naqibah..inshaAllah akan dibantu..dalam usrah ini,kita boleh bersama-sama dalam muhasabah diri di atas kekurangan diri yang mungkin boleh diperbaiki sedikit-demi sedikit.Jadikan usrah sebagai medium terbaik untuk berkomunikasi sesama ahli usrah dan naqib atau naqibah atau pun murabbi yang lebih tinggi.

3.Tafakul(saling bantu membantu)

Jika ada sahabat kita dalam kesusahan seperti kekurangan duit tambang atau apa apapun..kita sebagai sahabat perlu membantu agar dapat meringankan lagi beban mereka..kita juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah islamiyah sesama muslim dan muslimat...


Ini sahaja yang saya kongsikan pada hari ini..kalau ada dikalangan korang yang belum pernah mengikuti usrah,cuba ikut usrah ..InshaAllah korang akan tahu sendiri lebih mendalam tentang usrah dan dapat menimba ilmu agama ...yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri..wallahuaalam...

jom like fanpage usrah kami di KLIK DISINI



BERSAMA

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana memberikan saya kesempatan utk menulis  walau hakikatnya dah lama saya tak menulis....