Monday, 16 October 2017

BERSAMA

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana memberikan saya kesempatan utk menulis walau hakikatnya dah lama saya tak menulis..rindu juga saya dgn bantal busuk saya ni hari ini saya nak kongsikan kepada antum semua tentang kisah saya bersama dengan sahabat seperjuangan saya semasa usrah 
bila kau ada amanah yang besar kau akan rasa ia sangat berat kan?saya pun begitu sampai
saya rsa saya nak letak jawatan ..sebab apa?sebab saya rsa saya tak boleh pegang amanah ni 
tpi saya tetap pegang juga ..sebab apa?sebab SAYANG..klau saya letak jawatan siapa nak handle?boleh ka dia buat?itu yang saya fikirkan selama ini..tpi alhamdulillah tahun ini sya dpt jalankan amanah sya inshaAllah..tpi saya pun byk kesilapan jg. kdg2.tak hantar memo meeting lah apa lah..maafkan saya sahabat..sebab saya tak da handphone  terpaksa share dengan kembar..jdi agak susah utk saya hantar memo sbb dia selalu guna handphone..
hari ni bukan aku nak ceritakan tentang perasaan aku..aku nak ceritakan pengalaman aku semasa usrah..walau jdi ajk saya rasa gembira bila ahli usrah dpt enjoy dengan usrah..saya ingat pesan seorang hamba ini.."KITA BUKAN MAHU BILANGAN AHLI YANG IKUT BANYAK ATAU TIDAK TAPI SEBANYAK MANA KITA DAPAT SAMPAIKAN ILMU DAN KONGSIKAN ILMU DENGAN MEREKA" kata kata membuatkan aku tidak kisah hatta hanya 2 orang sahaja yang ikut yang penting kita nak tahu apa yang kita nak sampaikan kepada adik adik usrah..tanpa kita rancang apa yg kta nak buat usrah hari ini,usrah TIDAK AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR"itu sebabnya kenapa pentingnya ada stratergi apa yg kita nak buat hari ini..
aku nak kongsikan antum semua tentang pengalaman usrah di sekolah di sekolah aku..


USRAH SMK ELOPURA2 



cp1:cinta kosong

masa ni sahabat usrah dikenakan minum air yang telah dibancuh oleh amir..kta di dunia ini selalu hidup dalam keadaan yg mewah..tempat tidur yang empuk makan minuman yang sedap..tidur pun dalam keadaan yang selesa..tpi di rohingya ,palestin dan negara yang berada dlm kesusahan..mereka sangat menderita..tempat tidur yang sgt kotor ,makan minnuman yang entah apa apa je  yg penting dapat alas perut..kita?manusia zmn skrg tdak pernah merasakan cukup dgn apa yg ada..lepas beli barang yang masih cantik dan baru ,nak yang lebih baru lagi klau boleh ada BRAND...


"manusia bila tertipu dengan dunya seakan akan dunya ini kepunyaaan dia walhal dunia ini hanya pinjaman dari yang maha esa"..




#cp2:hiburan

yang kedua ini pulak tentang hiburan..remaja zaman sekarang sangat suka dengan hiburan.hiburan ini tidak salah tpi kena ada hadnya..bila masa kita solat kita solat dahulu bila kita mahu berhibur kena pada masanya..."remaja zaman sekarang tanpa hiburan seolah olah jiwa mereka tidak tenang"




"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah"

 

cp 3:cinta kosong

ahli usrah dikenakan mengimbas kembali apa yang kita buat selama ini di dunia..macam mana hubungan kita dengan habluminallah (hubungan dengan Allah ) dan habluminannas (hubungan dengan manusia) setakat mana kita cintakan ALLAH dlm diri kita..adakah kita cinta Allah itu dengan bersungguh sungguh di hati atau hanya setakat dibibir mengungkapkan AKU CINTA ALLAH tpi tdk jalankan suruhanNya.."Andai waktu itu kita tidak ada di dunia ini mahukah ALLAH jumpa dengan kita?sesuai kah kita jadi hamba ALLAH yang paling sempurna..aku suka kata kata ni "Jika selangkah kita dekat dengan Allah ,Allah akan DEKAT kpd kita seribu langkah "



"Hayatilah setakat mana kau hayati nya..Andai hati kita mati ,doa kepada ALLAH SWT moga digantikan
dengan hati yang baru"


cg yang paling banyak memberikan nasihat kepada anak muridnya.."moga Engkau sentiasa membicarakan perkara yang baik baik sahaja dengan anak muridmu" masa ini cikgu haris ada ckp"tuntutlah ilmu setakat mana kau boleh kerana tanpa ilmu kita tidak ada apa apa seperti tin yang kosong"


KAK JEDAH yang selalu berikan kata kata dorongan kepada adik adiknya walaupun terkadang tersentap dengan kata katanya tpi amat bermakna kepada kami..


"sahabat sahabat usrah yang selalu menyerikan usrah hatta ada yang masih dengan kenakalannya tpi hati mereka baik"


"suap suapan adalah satu cara utk kita merapatkan ukhuwah sesama manusia"



merekalah penguatku..dahulu sebelum kehadiran mereka usrah kami tidak sebegini..tanpa mereka
usrah kami tidak akan berjalan dengan sempurna..sahabat seperjuangan trima kasih kerana bersamaku hingga kini..hanya tinggal berapa bulan lagi kita akan bersama.moga bulan hadapan kita bersama lagi..baru tahun ini ku merasa ukhuwah yang sangat mantap dan mendalam..kamulah penguatku sanggup bersusah payah demi usrah kita..moga setiap kebaikan kamu selama ini akan dibalas yang lebih indah oleh ALLAH SWT



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4)




\

Wednesday, 28 December 2016

KERANA ALLAH AKU KUAT


                                                                  السلام عليكم -

ujian..seringkali kita bercakap kenapa Allah uji aku?kenapa?apa salah aku?
aku nak apa yang aku tapi aku tak dapat kenapa?yaa kita semua pernah berkata seperti itu..bukan kamu sahaja aku pun..


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut : 2-3]

Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita..Allah uji baru sedikit kita sudah mengeluh...lumrah
manusia sifat yang suka mengeluh..tapi kita harus percaya Allah beri kita ujian kerana Allah tahu kita mampu untuk hadapinya ..lupakah kita dalam surah Al baqarah ayat 286


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 

Bca berulang kali surah Albaqarah ayat 286..awak faham kan?Allah takkan uji hamba -hambanya melainkan dengan kesanggupannya..Allah uji kita bukan untuk suka suka..Allah tahu kita boleh hadapinyaa..Allah uji kita baru sedikit..lupakah kita dengan Nabi Nabi yg telah diuji lebih berat berbanding kita,si manusia yang tidak ada apa apa dimuka bumi ini..manusia yg sering melakukan dosa kepada pencipta..

kehadapan diri,pujuklah hati moga tabah dengan ujian yg diberi..mungkin ujian itu satu penghapus dosa untukmu..yaa kau tak kuat dan aku juga tidak kuat untuk hadapinyaa..hanya menangis dan terus menangis..Allah mahu kita kembali kepadaNya ..Allah mahu kita luahkan rasa kepadaNya..hanya Allah sahaja tempat kita meminta pertolongan..mungkin ujian yg diberi satu penghapus dosa bagimu..

Mesti kita pernah cakap.."kenapa apa yang aku inginkan tidak tercapai ?kenapa?"byk persoalan kita sering dipersoalkan..kenapa ,kenapa dan terus kenapa?wahai hati yg bersedih..Allah tangguhkan apa yg kita inginkan kerana Allah mahu kita sering berusaha dan tidak putus asa..mungkin juga apa yang kita mahu itu tidak baik untuk diri kita...

 boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS: 2;216)


Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya..Yakin semua itu sudah diatur oleh Allah S.W.T..wahai diri,ingat perancangan Allah itu lebih baik daripada kita..meskipun sakit tapi kita harus redha..jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah..hanya Dia sahaja yang tahu masa hadapan kita..aku dan kau hanya seorang hamba yang penuh dengan nada dosa..jika kita rebah,bangkitlah .ajar hati untuk redha menerima hakikat..


Allah lebih tahu segala galanya..jangan pernah berhenti berusaha sehingga berjaya..moga aku dan kau sentiasa kuat walaupun tidak kuat seperti mereka yang terdahulu lebih diuji berbanding kita..moga aku dan kau sentiasa bersabar dan tidak mudah putus asa.. moga ujian yang diberi oleh Allah juga satu penghapus dosa untuk kau dan aku..aku harap dengan kata kata di dalam novel KERANA SYURGA BUKAN PERCUMA KARYA NAJMI FETIH membuatkan aku dan kau sentiasa kuat untuk hadapinya..inshaAllah..


HIJRAH

nak berubah tak semudahnya mengungkapkan kata 'aku nak hijrah'
tanpa semangat yang tinggi.bukit yang kau daki itu takkan ada kemuncaknya..
yang ada hanyalah  dasar untuk menjadi tempat kau jatuh penat..tetapkan maklamat..

letak dalamhati hijrah kau hanya kerana illahi
apabila kau tahu sebab utama untuk berubah,maka kau akan terus tabah
walaupun beibu masalah datang menjengah
kau akan kuat kerana kau tahu,kau ada Allah
apabila kau ada Allah masalah kau itulah sebenarnya yang dalam masalah

tabah!


LELAH

diri yang dulu lemah,
sekarang berdiri gagah tak tunjuk lelah

hati,
siangnya lemah berdiri
malamnya lelah dek tipu daya syaitan pembenci

kuatkanlah hati
bunuh penghuni neraka dengan bacaan ayat kursi
kerana hanya dengan ayat alquran yang sentiasa menyinari
dapat memadam baranya api hasad di pembenci

lemah itu ujian
dan ujian itu tanda kasih sayang TUHAN yang berpanjangan

kita hamba
jangan lelah dengan kelemahan,
kerana kelemahan itu sumber kekuatan

kawan,kau berTUHAN!


ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini..semoga apa yang saya kongsikan ini buat diri kita sentiasa kuat dan sentiasa mengingatiNya..yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri..wallahualam ..


Monday, 31 October 2016

Apa itu usrah??





Apa khabar anda semua??Alhamdulillah
Syukur kepada Allah kerana mengizinkan kita bernafas sehingga hari ini..maaf lama tidak menulis blog ini maklumlah budak pt3 kan??haha 😊😊 hari ini inshaAllah saya nak bagi sikit pengisian mengenali usrah

       
apakah maksud usrah??                               



       Usrah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga.Usrah terbina atas dasar perpaduan yang dibangunkan bersama-sama iman dan islam dengan berusaha untuk memahami dan menghayati manisnya islam.

RUKUN USRAH
♡TAARUF
Taaruf bermaksud saling berkenal kenalan..taaruf ni sangat penting agar kita dapat saling berkenal kenalan dan dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama muslimin dan muslimat..


Dalam surah Al hujurat ayat 13 yang bermaksud"hai manusia aku menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling berkenalan..
                           

♡tafahum 


Tafahum pula bermaksud saling memahami antara satu sama lain..kalau ada dikalangan sahabat kita ingin berkongsikan masalah atau apa apa cuba kongsikan dengan ahli ahli usrah yang lain ataupun dengan naqib/naqibah..inshaAllah akan dibantu..dalam usrah ini,kita boleh bersama-sama dalam muhasabah diri di atas kekurangan diri yang mungkin boleh diperbaiki sedikit-demi sedikit.Jadikan usrah sebagai medium terbaik untuk berkomunikasi sesama ahli usrah dan naqib atau naqibah atau pun murabbi yang lebih tinggi.

3.Tafakul(saling bantu membantu)

Jika ada sahabat kita dalam kesusahan seperti kekurangan duit tambang atau apa apapun..kita sebagai sahabat perlu membantu agar dapat meringankan lagi beban mereka..kita juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah islamiyah sesama muslim dan muslimat...


Ini sahaja yang saya kongsikan pada hari ini..kalau ada dikalangan korang yang belum pernah mengikuti usrah,cuba ikut usrah ..InshaAllah korang akan tahu sendiri lebih mendalam tentang usrah dan dapat menimba ilmu agama ...yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri..wallahuaalam...

jom like fanpage usrah kami di KLIK DISINI



Sunday, 8 November 2015

HOLD MY HAND


apa khabar anda semua?alhamdulillah Ana baik baik sahaja..
syukur kpd Tuhan Semesta Alam kerana memberikan kita bernafas pada hari ini
hari ini Ana nak bincangkan topik tentang ''HOLD MY HAND''




apa khabar anda semua?alhamdulillah Ana baik baik sahaja..
syukur kpd Tuhan Semesta Alam kerana memberikan kita bernafas pada hari ini

hari ini Ana nak bincangkan topik tentang ''HOLD MY HAND''
#SAHABAT VS KAWAN

Apa perbezaan sahabat dengan kawan..(merapu ke tu)..haa mesti ada yang tertanya tentang apa yg aku ckpkn ni...kita senang cari kawan tetapi sahabat tidak..sahabat adalah orang yang selalu bersama kita..yang selalu saling menasihati  dan memahami antara satu sama lain dan saling berkongsikan suka duka dan jg secret kita..kita dapat cari kwan sebanyak mana yang kita mahu tetapi sahabat tidak..sahabat ke mana mana pun mesti dia ikut betul tak? sahabat apabila susah senang dia tetap bersama kita..walaupun berpuluh puluh tahun berkawan tetapi dia tetap ingat kepada kita ..tetapi apabila sahabat dia ingatkan kita kepada pencipta barulah kita tahu apa erti sahabat sebenarnya..sahabat dia tidak akan tamak ..walau apapun terjadi dia tetap nak tarik kita ke syurga sebab dia tak mahu pergi sorang sorang..kalau kita sayangkan sahabat kita kita sanggup tarik dia ke syurga walaupun banyak rintangan yang ditempuhi
#ketakwaan

sahabat ini umpama tasbih..tasbih mempunyai butir -  butiran tasbih sekiranya kita masukkan butir butir tasbih ke dalam tali tasbih ia akan bercantum dan begitulah ukhuwah kita yang dissatukan pada agama Allah agar tidak bercerai -berai

Allah berfirman “Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa” (QS. Az zukhruf: 67)

jika kita  bina ukhuwah dengan penuh ketakwaan dan kasih sayang kita dapat merasakan kemanisan ukhuwah tersebut

#nikmat

ukhuwah adalah nikmat yang Allah berikan kepada kita..nikmat yang sangat bermakna bagi kita di dunia ini..sekiranya kita ada masalah ..sahabat kita akan tolong kita di dunia dan akhirat inshaAllah...
Allah berfirman “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” 

#kepercayaan

bagi saya kepercayaan ini sangat penting untuk kita..kalau kita saling percaya antara satu sama lain dan tidak saling berbohong ,ukhuwah yang kita bina itu takkan ada bermusuh musahan..aku dengar dri SY kata ''di dalam diri kita ini ada dua yang kita tak boleh bohong..pertama kita tak boleh tipu Allah dan  yang kedua, kita tak boleh tipu diri sendiri..kalau kita saling berbohong kita sendiri yg akan merasa dengan kita bahwa kita sendiri yang mendustakan persahabatan kita dengan sahabat sahabat kita..itulah kenapa kepercayaan dalam persahabatan sangat penting supaya kita tak makan diri  sendiri..

puisi 

UKHUWAH 

BARU AKU TAHU APA UKHUWAH ITU
APABILA BERJAUHAN SALING MENDOAKAN 
APABILA BERDEKATAN SALING MENASIHATI 
ANTARA SATU SAMA LAIN

AKU MOHON KEPADA MAHA PENCIPTA 
DEKATKANLAH DIRIKU KEPADA MEREKA
KU SANGAT MENCINTAINYA
KU INGIN MEMBAWA MEREKA MENUJU KE SYURGAMU
YANG KEKAL ABADI

KU MOHON KEPADAMU YA RABBIKU
JANGAN PESONGKAN HATI HATI KAMI
DENGAN PERKARA YANG SIA SIA
YANG ENGKAU MURKAI 
SESUNGGUHNYA KAMI BERJIHAD KERANAMU 
DAN MENCINTAIMU DAN HAMBAMU YA RASULULLAH
SEUMUR HIDUP 


 ...BAGI SAHABAT SAHABAT YANG MENDUDUKI SPM DAN STPM SELAMAT MAJU JAYA..SEMOGA DAPAT MENJAWAB DENGAN CERMELANG..KALAU LUPA SELAWAT BANYAK BANYAK..BERZIKIR DAN JANGAN GEMURUH MENJAWAB..TERUSKAN BERUSAHA SEHINGGA TITIS DAKWAT YANG TERAKHIR ..INI SAHAJA YANG SAYA KONGSIKAN PADA HARI INI..KALAU ADA SALAH TOLONG COMMENT DI BAWAH ..YANG BENAR ADALAH DRPD ALLAH S.W.T DAN YANG SALAH DRPD DIRI SAYA SENDIRI..WALLAHUALAM...

ukhuwah fillah abadan aba'da




Sunday, 31 May 2015

HIJRAHKU HANYA UNTUKMU ◕‿◕





 kpd umat islam & selamat sejahtera kpd pembaca blogger yg dihormati






Apa khabar anda semua...Alhamdulilah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan kita kesempatan untuk kita semua  bernafas sehingga hari ini ...topik yang Ana nak kongsikan pada hari ini ialah ''HIJRAHKU HANYA UNTUKMU ''.. Hjrah ini bukan juga seperti berpindah randa/tempat contohnya Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah ..hijrah ini juga bermaksud mengubahkan diri menjadi seseorang yg baik 

Tujuan untuk Ana nak kongsikan ilmu kpd ana semua ialah untuk mengubah diri Ana sendiri...dulu ni ana pun mcm anda semua . banyak kekurangan yang ada pada diri Ana ..tiada yang sempurna di muka bumi Allah ini :) ...semua yg berlaku atas izinNya ..

#first

kita nak berhijrah ini kerana siapa?untuk diri kita kerana Allah S.W.T  atau manusia? jika kita niat nak berubah kerana manusia perbetulkan niat kita berubah semata-mata kerana Allah S.W.T ...Kadang2 kita dalam nak berhijrah ini,kita mesti tertanya 'Mampukah Aku'',''bersediakah Aku''.Jika niat kita itu nak berubah , ubahla jangan tangguh tangguhkan..

''SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEBELUM MEREKA MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI''

Allah tidak akan ubah kita selagi kita tidak mengubahkan diri kita ...Dalam kita berhijrah ini,banyak dugaan yang diberi oleh Allah untuk kita ..sabar,jangan marah dan jangan berputus asa 

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Sesungguhnya, kemarahan itu berasal dari syaitan. Dan syaitan  tercipta dari api. Dan sesungguhnya, api itu dapat dipadamkan dengan air. Jika salah seorang diantara kalian marah, maka berwudhu'lah.  (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud, 
''sesungguhnya,Allah benar benar menguji sehingga kami mengetahui orang yang benar benar berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan uji perihal kamu (surah Muhammad ayat 31)


kita sebagai manusia ini memang lemah,kadang kadang baru ja kita nak mula dah putus asa ..jangan give up untuk mencari keredhaanNya ☺ 

''Allah lah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan kamu lemah,kemudian dia menjadikan (kamu) kuat setelah berkeadaan lemah itu,kemudian dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan berubah .Dia yang menciptakanmu apa yang dia kehendaki dan dia Maha Mengetahui,lagi Maha Kuasa (surah Al - Rum ayat 14)


ini sahaja yang saya kongsikan pada hari ini.bagi anda semua yang nak berhijrah tu jangan putus asa ..Ana doakan agar anda semua tabah dlm menghadapi dugaan untuk mencari keredhaaNya ..Maaf sekiranya apa yang saya catatkan ini mengguriskan hati anda semua  dan tolong comment kat bawah tu..kalau ada salah harap maafkan ..manusia tidak pernah lari dari kesilapan ..yang benar adalah dari Allah S.W.T dan yang salah ialah dari diri saya sendiri...

-BITAUFIK WANNAJAH 

                                                                      FI HIFZILLAH ^_^

Tuesday, 6 January 2015

ukhuwah fillah abadan aba'da






kpd umat islam & selamat sejahtera kpd pembaca blogger yg dihormati



SAHABAT adalah seseorang yang selalu berada dgn kita ketika susah dan senang..
yang selalu menemani kita di mana mana sahaja...sebuah ukhuwah yang dijalankan dengan ikhlas dan jujur..SAHABAT yg tidak pernah tikam belakang kita..SAHABAT yg selalu berkongsi pengalaman pahit atau manis,dan juga ditempat kita meluahkan perasaan..SAHABAT yg selalu menasihati kia tanpa rasa jemu yang selalu menghiburkan kita ketika suka dan duka,


kehadapan sahabatku,
syukran kerana selalu bersamaku ketika susah dan senang. selalu me'kongsikan kisah suka dan duka kita bersama..yang selalu membangunkanku ketika aku jatuh..selalu memberikan kata kata semangat kpdku ..hanya ini yang aku ungkapkan kpdmu, aku harap kau tidak melupakanku ketika kita berpisah nanti..hanya engkau yang selalu menghiburkanku.. maafkan aku jika pernah mengguriskan hatimu..aku harap suatu hari nanti kita berjumpa..ukhuwah ini akan aku eratkan sampai bila bila..ukhuwah fillah abadan aba'da 


                                                                                                                                               your friend 
                                                                                                                                            نورول 



Tuesday, 9 December 2014

HOLIDAY AGAINN





kpd umat islam & selamat sejaterah kpd pembaca blogger yang dihormat



hari ini saya nak ucapkan HAPPY HOLIDAYY !!
kepada semua org tak kira bangsa dan negara :)
pesan dari adik Dot Dot Dot :p
Anta semua apa kbr? Ana sihat sihat je..
now msa untuk bercuti yeay..
maybe akak akak dn abg2 spm ada yg  blum hbs lg .btw good luck to you all
harap anta smua berpuas hati dgn kerjaya sendiri
cuti ni pegi mna?pasti ada yg bik kmpg kn??Ana pulak duduk rmh tolong umi dirumah
klau ada diantara anta semua yg duduk rmh je don't be sad yaa
lebih baik bantu umi atau abah kat rmh..ringan sikit beban umi dan baba anta smuaa
sesiapa yg pegi holiday p kmpg ke atau dmna mna selamat bercuti smga slmt smpai dan selamat pulang
ke tanah air..k baii




ASSALAMUALAIKUM



Wednesday, 19 November 2014

DIDIK ANAK DEKAT KPD ALLAH



kpd umat islam & selamat sejaterah kpd pembaca blogger yang dihormati 




comel tak budak kecik ni? ini time kecik dulu :p eh takda lah ..ini anak orang lah..anak siapa lagi kalau
bukan anak org kn =P ..sebelum nak cakap pasal topik hari ini  ana nak tanya anta semua sihat tak?saya alhamdulillah sihat sihat belaka..Hari ini ana nak cakap pasal kanak kanak. Anta semua yang sudah bersuami atau beristeri mesti ada yg mempunyai anak kan?? Ana?? ana masih bebudak lagi lah takkan lah ana dah kawin ish ish belum cukup umur lah ... hari ini ana nak ckp tenang cara didik anak untuk dekat kpd Allah s.w.t 

Anak adalah anugerah Allah s.w.t beri kepada kita smua..jaga anak dgn baik dan didik dia untuk dekat kpd Allah s.w.t . time  anak kita kecik didik dia dgn baik baik bkn dgn cara memaksa .

#CARA DIDIK ANAK UNTUK DEKAT KEPADA ALLAH :


1.MEMINTA MAAF

kadang- kadang budak kecik ni nakal sikit..kalau anak ada buat salah dgn akak atau abang dia ajar dia minta maaf. suruh dia minta maaf .suruh dia minta maaf dgn abg n kakak dia ..kalau dia tak nak pukul di tapak kaki atau tangan dia sampai dia nak minta maaf..tapi jangan pulak pakai benda yg tebal pukul je pakai tapak tangan 


2. BERITAHU ANAK TENTANG KEKUASAAN ALLAH 

cara nak memberitahu tentang kekuasaan Allah kpd anak anak sangat mudah..it is very easy.. caranya contohnya mcm aunty Anna selalu memberikan anak anda hadiah , dan anak anta berkata siapa yg memberikan hadiah ini? mestilah anda kata aunty Anna yg berikan kan? begitu jgk anda memberitahu siapa yang ciptakan bulan dan bintang? ALLAH.. siapa yg menciptakan manusia?? ALLAH.. Mesti anta ckp yg menciptakannya ialah Allah s.w.t  

3.SOLAT

ini adalah sangat penting untuk mengajarkan anak anak supaya bersolat.. kalau dorang tak nak pukul di tapak tangan  atau kaki ..secara saintifik ia akan meransang ke bahagian  otak.

sabda rasulullah s.a.w:perintahkanlah anak - anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meniggalkan sembanyang semasa berusia 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)

pukul bukan unuk menyeksakan mereka tapi untuk menyedarkan mereka mana yg paling baik untuk mereka..kalau anda tidak melarangnya mereka tidak akan dgr ckp 


4.DENGAR ANAK APABILA BERCAKAP

apabila anak sedang bercakap dengarkan mereka .kerana mereka ingin meminta perhatian anta dan ingin berkongsi cerita dgn anta semua..kalau mereka bercakap pasal mimpi dengarkan sahaja kerana mimpi mereka itu realiti 


5.DENGARKAN ANAK AYAT AYAT SUCI ALQURAN

Ajar anak membaca  ayat suci alquran ataupun mendengarkan ayat suci alquran..ini jga bagus untuk minda anak anta ..biarpun surah al fatihah sahaja kita dengarkan mereka,mereka akan cepat hafal 


6.BERSYUKUR

ajar anak anta supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.jangan terlampau ikut cakap anak anak.jika kita mampu nak beli belikanlah jika kita tak mampu beritahulah anak yang kita tak mampu nak beli .beritahulah anak sentiasa bersyukur dgn apa yang dia ada sekarang .kita di dunia ini hanya duduk sementara sahaja.jika kita nak apa yang kita mahu tapi tak mampu insyaallah di JANNAH kita ada :)
  



Monday, 17 November 2014

JAGA MATA JAGA TELINGA JAGA LIDAH ^_^

& selamat  sejahterah kpd pembaca blogger yang dihormati 





apa khabar smua pembaca blogger ana shat?
ana alhamdulllah..mudah mudahan anda semua sihat dan dilindungi oleh Allah s.wt...hari ana  nak tanya pasal hawa nafsu ni. nafsu adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud sesuatu yang berharga ataupun sesuatu yang perlu di jaga oleh kita semua..nafsu adalah sangat besar bagi setiap manusiaa. tetapi belum tentu kita dapat mengawalnya kan? lidah ialah benda yang sangat tajam bagi setiap manusia. kenapa? lidah boleh membuat kita bercakap hal yang tidak baik seperti mengumpat,bergosip,dan berbohong . mata belum tentu kita dapat mengawal melihat benda yang haram untuk kita.telinga boleh membuatkan kita mendengar perkataan yang tidak baik untuk kita semuaa..


cuba kita buat benda yang Allah bagi kpd kita , kita amalkan dgn baik contohnya, lidah kita buat benda yg baik seperti berzikir,menasihati org, membaca ayat suci Alquran dan bercakap benar.jangan sesekali membohong.jangan membiarkan hati kita munafik.mata yang Allah bagi kita , kita buat guna dgn baik seperti melihat benda benda yang baik untuk kita.. telinga yang Allah beri kita guna dgn baik seperti mendengar ayat suci Alquran,mendengar ceramah dan jga mendengar ketika guru sedang mengajar kpd kita..  

jauhkanlah kita daripada membuat benda yang tidak baik dan gunakanlah dgn baik apa yang Allah beri kpd kita..berfikir dulu sebelum bertindak dan fikir baik atau buruk yang kita buat ini..fikir apakah ini baik ataupun tidak untuk kita semua =)...maafkan ana jika ana ad salah dgn apayang ana tuliskan dalam blog ana ini..yang baik datangnya daripada Allah dan buruk nya datangnya daripada dir ana sendiri


                                                           ASSALAMUALAIKUM

 SALAM  UKHUWAH FILLAH ABADAN ABA'DA







Saturday, 1 November 2014

maksud dan kelebihan mati syahid (شَهيد)

kpd umat islam &selamat sejahtera kpd pembaca blogger yg dihormati 


APA MAKSUD MATI SYAHID ??

Dalam islam syahid (شَهيد)  bermaksud muslim yang maut ketika berperang ataupun berjuang demi mempertahankan hak dan membela kebenaran dgn penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah s.w.t.. sesiapa yg berjuang demi keluarga, harta miliknya ,agama dan meninggalkan perjuangan itu,maka ia mati syahid.Mati syahid adalah cita cita tinggi bagi umat islam.


 8 cara mati syahid:

1.mati dalam keadaan terbakar
2.mati dalam fisabilillah

Rasulullah s.a.w bersabda :

apa menurut kalian tentang orang yg mati syahid?''mereka menjawab ''wahai Rasulullah ,mati syahid buat orang yg fisabilillah '' Rasulullah berkata''jika demikian sahaja maka syuhada umatku sedikit''mereka berkata''lalu siapa Ya Rasulullah ?''Rasulullah menjawab''Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah syahid dan barangsiapa yang mati fisabilillah itulah syahid,yang mati kerana thaun (sejenis penyakit) maka ia syahid dan barangsiapa mati kerana sakit perut ia syahid  (Hadis Riwayat Muslim (3539))

3.wafat pada malam jumaat. hal ini berdansarkan sabda Rasulullah s.aw bermaksud:

tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari jumaat atau pada malam jumaat pastilah Allah menghindarkannya dari siksaan kubur 

4.Mati lemas

5.perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak

6.mati dalam menuntut ilmu

7.mati dalam berjaga jaga di jalan Allah.Rasulullah s.a.w bersabda :berjaga jaga  di jalan Allah s.w.t sehari semalam adalah lebih baik drpd bepuasa selama sebulan dengan mendirikan solat pada malam hari.Apabila mati,mengalir pahala  amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari siksaan kubur 

8.orang yang mati dalam mengejarkan amalan soleh


ganjaran bagi orang mati syahid :

1.akan diampunkan dosannya dan terhindar dari azab neraka
2.melihat tempatnya di dalam syurga
3.terjamin keamanannya dari malapetaka besar
4.merasa kemanisan iman
5.dikahwinkan dgn bidadari syurga
6.diperkekankan memberi syafa'at bagi 70 kerabatnya









BERSAMA

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana memberikan saya kesempatan utk menulis  walau hakikatnya dah lama saya tak menulis....